Policies
PENGHANTARAN PESANAN
RI STORE dengan usaha yang wajarnya akan membuat penghantaran pesanan pelanggan mengikut alamat yang diisi oleh pihak pelanggan. RI STORE tidak menjamin masa yang tetap untuk penerimaan pesanan oleh pelanggan. RI STORE tidak akan bertanggungjawab ke atas kelewatan khidmat penghantaran pihak ketiga sekiranya kelewatan tersebut adalah disebabkan oleh punca-punca di luar kawalan RI STORE.
Pesanan anda akan dihantar melalui khidmat penghantaran pihak ketiga yang ditetapkan oleh RI STORE. Penghantaran pesanan-pesanan yang telah dibuat akan diproses setelah penerimaan pembayarannya atau pengesahan kad kredit melalui sistem pembayaran di laman web kami. Jangka masa proses penghantaran ke seluruh Malaysia dianggar selama 3-21 hari bekerja. Sebarang kelewatan setelah penyerahan pesanan kepada servis penghantaran pihak ketiga adalah di luar kawalan pihak RI STORE.
Sila maklum bahawa pembelian di laman web ini adalah kepada pembelian di Malaysia sahaja. Mana-mana negara-negera lain boleh kepada khidmat pelanggan kami.
RI STORE berhak mengubah waktu penghantaran pada bila-bila masa mengikut ketersediaan produk.
ALAMAT PENGHANTARAN
Sila pastikan alamat yang diisi adalah lengkap dan tepat. Sekiranya pesanan dikembalikan disebabkan oleh alamat yang salah atau tidak lengkap seperti yang telah diisi oleh pelanggan, RI STORE akan menghubungi anda untuk pembetulan, dan pesanan akan dihantar semula dengan caj penghantaran yang ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan. Anda perlu menyerahkan bukti pembayaran caj penghantaran tersebut kepada RI STORE setelah pembayaran dibuat. RI STORE juga akan hubungi anda sekiranya alamat yang diisi tidak dapat dihantar oleh khidmat penghantaran yang dilantik meminta alamat alternatif untuk penghantaran pesanan tersebut. Sila pastikan juga nombor telefon yang dinyatakan adalah nombor yang boleh dihubungi semasa penghantaran.
CAJ PENGHANTARAN
Caj penghantaran adalah tertakluk ketetapan dari RI STORE bergantung kepada produk yang dijual di RI STORE. Caj penghantaran sama ada dalam atau luar negara mengikut kadar semasa.
PILIHAN PENGHANTARAN
Untuk memastikan harga dan khidmat pelanggan yang terbaik, RI STORE hanya akan melantik khidmat penghantaran yang bereputasi dan dipercayai. Sila pastikan maklumat anda bagi penghantaran adalah tepat dan benar bagi memastikan penghantaran pesanan diterima.
PENGEMBALIAN PESANAN
Sebarang pembelian adalah muktamad. RI STORE tidak akan memproses sebarang pengembalian bagi pesanan yang telah diterima pembayarannya. Hanya pengembalian yang melibatkan penghantaran pesanan yang tidak bertepatan dengan pesanan yang dibuat dibenarkan. RI STORE mempunyai hak mutlak untuk menerima atau menolak pengembalian pesanan. Anda boleh hubungi khidmat pelanggan RI STORE untuk maklumat lanjut.
PENUKARAN DAN BAYARAN BALIK
Sebarang pembelian adalah muktamad. RI STORE tidak akan memproses sebarang penukaran atau membuat bayaran balik kepada pesanan yang dibuat setelah pesanan tersebut diproses dan diterima pembayarannya. Penukaran hanya dibenarkan sekiranya terdapat sebarang kesalahan pesanan yang dihantar, kerosakan atau cacat cela pesanan yang diserahkan bukti atau maklumat penting yang diminta oleh pihak khidmat pelanggan RI STORE. Penukaran perlu dibuat tidak lewat dari 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan anda. Bagi sebarang kesalahan penghantaran yang tidak mengikut pesanan, pesanan perlu dikembalikan dalam keadaan yang sempurna dan tidak pernah dibuka atau digunakan untuk digantikan dengan produk yang sepatutnya dihantar oleh RI STORE. RI STORE mempunyai hak mutlak untuk menerima atau menolak penukaran pesanan.
PENUKARAN DAN BAYARAN BALIK
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan barang yang dibeli, anda boleh mengembalikannya kepada kami. Untuk tujuan pemulangan, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di nombor telefon Whatsapp: 010-712 9392 sebelum anda membuat pemulangan. Pemulangan tanpa makluman tidak akan di proses.
Barang haruslah dikembalikan dalam bungkusan asal beserta invois asal dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian untuk proses penggantian atau bayaran balik.
Kami akan membayar kos penghantaran balik sekiranya produk tersebut rosak atau pengembaliannya adalah hasil daripada kesilapan kami. Sekiranya barang itu dikembalikan kerana alasan lain, anda bertanggungjawab untuk menanggung kos penghantaran balik.
Produk akan diperiksa setelah diterima. Semua pemulangan harus berada dalam keadaan baik dan berada di dalam bungkusan asal, termasuk invois.
Invois haruslah disertakan agar pengembalian wang penuh dapat dilakukan. Tiada bayaran balik akan dikeluarkan sekiranya produk menunjukkan tanda-tanda penggunaan. Tidak ada pemulangan yang akan diterima selepas 30 hari. Jaminan kami tidak meliputi kerosakan yang disebabkan oleh pelanggan dan kerosakan semasa proses penghantaran oleh pihak perkhidmatan kurier.
Setelah kami menerima produk yang dikembalikan, kami akan membuat pembayaran dengan jumlah yang sama seperti pembayaran asal anda dalam masa 7 hari setelah kami menerima barang yang dikembalikan.
KETERSEDIAAN PRODUK
RI STORE dengan usaha yang wajarnya akan membekalkan produk-produk yang dipesan, dan sekiranya RI STORE mempunyai kesulitan untuk memenuhi sebarang pesanan, RI STORE akan hubungi anda untuk memaklumkan status pesanan tersebut dan pihak RI STORE boleh mencadangkan alternatif untuk memenuhi pesanan anda sama ada mencadangkan waktu
penghantaran yang baru, pembelian produk lain, atau membatalkan pesanan tersebut dan mengembalikan wang yang telah diterima.
Untuk memastikan kualiti produk-produk keluaran RI STORE adalah terjaga pada setiap masa, RI STORE berhak untuk menghadkan kuantiti bagi setiap pesanan atau mengubah kuantiti mengikut ketersediaan produk dari masa ke semasa.
Sekiranya produk anda adalah bersifat “pre-order”, RI STORE berhak mengubah jangka masa penghantaran dan memaklumkan pelanggan berkenaan ketersediaan produk itu setelah pesanan anda sedia untuk dihantar.
PENJUALAN ADALAH KEPADA PELANGGAN (end-user) SAHAJA
RI STORE hanya membenarkan pesanan dibuat oleh pelanggan sendiri. Tiada pembelian melalui pihak ketiga kecuali ejen sah dan berdaftar yang dilantik oleh RI STORE.
Tiada sebarang penjualan semula dibenarkan. RI STORE berhak untuk menolak atau membatalkan pesanan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewangan atau transaksi yang meragukan.
BUKTI PEMBELIAN
RI STORE akan menghantar emel kepada anda sebagai pengesahan pembelian.
KHIDMAT PELANGGAN
Anda boleh menghubungi pihak khidmat pelanggan RI STORE sekiranya anda ingin memberi maklum balas atau membuat sebarang pertanyaan melalui emel: help@rizalmangroup.com atau Whatsapp: 010-712 9392.
NOTIS PRIVASI
Notis Privasi ini adalah untuk memaklumkan hak-hak pengguna laman web dan perkhidmatan berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan oleh pihak RI STORE serta maksud-maksud bagi pemprosesan data tersebut berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Akta tersebut mewajibkan pihak kami mendapatkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda.
Pihak RI STORE menghargai kepercayaan anda dan komited untuk melindungi data peribadi anda dan kami akan memastikan data peribadi anda digunapakai hanya mengikut tujuan yang dinyatakan di sini. Sehubungan itu, anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat selainnya termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon, alamat emel, butiran kad pengenalan, maklumat akaun bank dan lain-lain maklumat yang diperlukan di dalam pendaftaran ejen atau apa-apa transaksi (secara keseluruhannya dimaksudkan sebagai “Data Peribadi”) yang diberikan di dalam laman web dan perkhidmatan kami boleh digunakan dan diproses oleh RI STORE bagi tujuan-tujuan (secara keseluruhannya dimaksudkan sebagai “Tujuan-tujuan”) berikut:-
- Mendaftar bagi penggunaan laman web dan/atau perkhidmatan kami;
- Membuat pesanan atau langganan produk yang dinyatakan di dalam laman web kami;
- Untuk berhubung dan berkomunikasi dengan anda;
- Untuk memberi perkhidmatan kepada anda;
- Untuk pengecaman dan pengesahan identiti anda;
- Untuk pengesahan, memudahkan dan memproses Data Peribadi untuk pesanan produk;
- Untuk memproses transaksi bayaran;
- Menjawab sebarang pertanyaan atau aduan;
- Mentadbir atau memantau hasil jualan ejen;
- Untuk menjaga akaun dan rekod kami;
- Untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan anda dan/atau pengguna lain;
- Untuk mematuhi sebarang syarat-syarat perundangan atau peraturan;
- Untuk menguatkuasakan hak-hak dan kewajipan dalam kontrak dan perundangan;
- Melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman;
- Tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan;
- Memberi maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan kami dan mana-mana kumpulan syarikat yang berkaitan dengan RI STORE ;
- Memberi maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan rakan-rakan niaga RI STORE ;
- Kegiatan-kegiatan perniagaan RI STORE selainnya yang sah;
- Maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Ejen RI STORE; dan/atau
- Maksud-maksud selainnya yang termaktub di dalam terma-terma dan syarat-syarat yang dikemaskini dari masa ke semasa.
Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya diperlukan bagi mana-mana Tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi luar Malaysia atau dizahirkan kepada perbadanan berkaitan, pihak berkuasa, pemegang lesen, rakan perniagaan dan/atau pemberi khidmat sama ada di dalam atau di luar Malaysia. Selain seperti yang dinyatakan di sini, Data Peribadi anda tidak akan secara disedari dipindahkan ke mana-mana tempat luar Malaysia atau dizahirkan ke mana-mana pihak ketiga. Kami akan mengambil segala langkah-langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi anda dilindungi daripada sebarang kecuaian yang tidak disengajakan, salah guna, pengubahsuaian, pendedahan atau kemusnahan.
Kami akan mengekalkan Data Peribadi anda dalam rekod perniagaan kami selama anda masih menjadi ejen atau pengguna laman web dan/atau perkhidmatan kami. Kami juga akan mengekalkan maklumat ini dalam satu tempoh masa selepas anda bukan lagi ejen kami jika maklumat itu adalah perlu bagi Tujuan-tujuan, untuk dikumpulkan atau untuk memenuhi keperluan undang-undang.
Bagi membolehkan kami memproses Data Peribadi anda, persetujuan anda diperlukan. Sekiranya anda tidak bersetuju, kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas dan pendaftaran anda sebagai ejen tidak dapat kami teruskan.
Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan meminta akses kepada dan pembetulan terhadap Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan berkenaan kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi RI STORE menerusi pos berdaftar atau emel seperti yang dinyatakan di sini.
Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Alamat: 24, Jalan Padang Walter Grenier, Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini boleh dipinda dari masa ke semasa mengikut undang-undang dan peraturan yang terpakai dan sebarang perubahan adalah terikat dengan anda. Sila lawati laman web kami dari masa ke semasa untuk notis yang dikemaskini.
Dengan ini, selama anda menggunakan laman web dan/atau perkhidmatan kami, kami akan memproses Data Peribadi anda berdasarkan Notis Privasi ini. Anda dianggap mempunyai pengetahuan dan telah bersetuju dengan Notis Privasi ini apabila pihak kami memaparkannya di laman web kami atau mengiklankan sebarang notis. Secara umumnya, anda telah bersetuju dengan menggunakan laman web dan/atau perkhidmatan kami, dalam Tujuan-tujuan yang dihuraikan di atas termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang pindaan dari masa ke semasa. Anda juga boleh melaksanakan hak-hak anda berkenaan dengan Data Peribadi yang diterangkan di sini.